Traits of Giftedness. Ciri-ciri Giftedness

Tuesday, December 21, 2010
http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/giftedtraits.htm






The above link provides lists of giftedness traits.

Pautan di atas adalah laman yang menyenaraikan ciri-ciri giftedness

Ciri kanak-kanak pintar cerdas
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas boleh dibahagi kepada beberapa kategori iaitu
i.                     Kognitif
ii.                   Sosial
iii.                  Bahasa
Kognitf:
1.       Sangat memerhati
2.       Sifat ingin tahu yang tinggi
3.       Minat yang mendalam
4.       Daya ingatan yang sangat kuat
5.       Daya tumpuan yang lama
6.       Kemahiran membuat penghujahan yang tinggi
7.       Kemahiran membina konseptual, abstrak dan sintesis yang tinggi
8.       Cepat dan mudah melihat perkaitan sesuatu idea, benda atau fakta
9.       Berpemikiran fleksibel dan lancar
10.   Buah fikiran yang tulen dan lengkap
11.   Berkemahiran tinggi menyelesai masalah
12.   Belajar dan faham dengan cepat walaupun dengan latihandan pengulangan yang kurang
13.   Daya imaginasi yang luar  biasa

Sosial:
1.       Sangat berminat dengan isu-isu sosial dan falsafah
2.       Sangat sensitif sama ada emosi atau fizikal
3.       Mengambil berat tentang keadilan dan kesaksamaan
4.       Sangat mementingkan kesempurnaan
5.       Bertenaga
6.       Sangat pandai berjenaka
7.       Motivasi dalaman yang tinggi
8.       Berhubung baik dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa

Bahasa:
1.       Perbendaharaan kata yang luas
2.       Mungkin boleh mebaca pada usia awal
3.       Membaca dengan pantas dan luas
4.       Suka bertanya soalan ‘jika/kalau....’ atau ‘apa akan berlaku.....’

Ciri-ciri tambahan:
1.       Berminat belajar perkara baru
2.       Berminat dengan aktiviti intelektual
3.       Suka buku atau majalah orang dewasa
4.       Skeptikal, kritis dan boleh membuat penilaian
5.      Menunjukkan gurauan intelek

Ciri pintar cerdas Matematik
1.       Kemahiran matematik yang tinggi
2.       Sangat mahir dalam konsep ruang
3.       berhujah secara nonverbal
4.       memori yang cepat
5.       pemahaman mekanis yang tinggi
6.       boleh mencipta masalah secara spontan
7.       fleksibel dalam mengendali datamental yang lincah yang dapat mengeluarkan idea dengan lancar

0 comments:

Post a Comment