Pembentangan Kuampulan 1

Monday, April 18, 2011
https://docs.google.com/present/view?id=dcmpf8gh_4ccq2m8fb

Kumpulan in telah memberikan idea-idea awal mengenai konsep cerdas dan menyenaraikan teori-teori yang mempelopori konsep pintar cerdas secara langsung. Pembentangan ini penting kerana sebagai guru kita hendaklah mengetahui konsep sebenar pintar cerdas dan memaklumi teori-teori yang digunapakai bagi menjelaskan istilah kecerdasan dan pintar cerdas itu sendiri agar tidak berlaku salah faham.

Pembentangan Kumpulan 3

https://docs.google.com/present/view?id=dffhjd7q_0hpzvt8kg

Rentetan daripada mengenalpasti personaliti pintar cerdas serta gaya pembelajaran mereka menerusi pembentangan kumpulan saya, pembentangan ini lebih menjurus kepada mengenalpasti ciri-ciri pintar cerdas secara fizikal. Usaha ini amat penting kerana ia memberikan panduan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling sedar akan kewujudan golongan ini dan tampil memberikan sokongan yang sewajarnya. 

Pembentangan Kumpulan 4

https://docs.google.com/present/view?id=d3phbg3_232ddwxq64t

Pembentangan kumpulan ini menyediakan satu platform khusus untuk guru mengetahui ciri-ciri kognitif dan afektif kanakkanak pintar cerdas. Aspek pemikiran dan tingkahlaku sangat berkait dengan pendidikan kerana  100% pendidikan kanak-kanak bergantung kepada keupayaan kognitif dan afektif termasuk juga psikomotor. Apabila ciri-ciri kognitif dan afektif kanak-kanak pintar cerdas ini telag diketahui,lebih mudah untuk guru menyediakan keperluan-keperluan yang sesuai untuk memenuhi kehendak pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas ini.

Pembentangan Kumpulan 5

https://docs.google.com/present/view?id=dcbpzgnd_33q7nmqggz

Pembentangan kumpulan 5 menjurus kepada salah satu ciri kognitif kanak-kanak pintar cerdas iaitu kreativiti dan hubungkaitnya dengan pemikiran kreatif  kanak-kanak golongan ini. Salah satu ciri kognitif kanak kanak ini adalah keupayaan pemikiran kreatif yang tinggi dan di luar norma imaginasi kanak-kanak sebaya yang biasa. Oleh yang demikian, mengetahui keupayaan pemikiran kreatif kanak-kanak pintar cerdas adalah penting kerana ia membantu perkembangn pembelajaran mereka. Ini sekaligus memberikan sokongan kepada merekan untuk meneroka kelebihan diri sendiri dan sifat itu tidak terkubur kerana guru tidak tahu untuk menanganinya. 

Pembentangan kumpulan 6

https://docs.google.com/present/view?id=dgfdd6m4_329gd5bvdg7

Pembentangan kumpulan 6 pula menyingkap isu dan masalah yang tmbul berkaitan pintar cerdas ini. Isu memahami serta memenuhi keperluan mereka serta mengetahui faktor-faktor pendorong kepada permasalahan kanak-kanak pintar cerdas ini telah dijelaskan oleh kumpulan ini. Faktor-faktor keluarga, rakan sebaya, persekitaran telah mempengaruhi perkembangan dan penerimaan konsep pintar cerdas ini dalam kalangan masyarakat. Oleh yang demikian langkah yang bersesuaian perlu diambil bagi mengatasi isu dan masalah yang timbul.

Pembentangan Kumpulan 7

http://www.slideshare.net/annurinsyirah/appropriate-curriculum-for-the-talented-learner-7089977?from=ss_embed


Pembentangan ini menyediakan satu garis panduan am berhubung kurikulum yang telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas. Dapat dilihat aspek aspek kurikulum yang dibangunkan adalah berasaskan teori-teori yang mempelopori konsep pintar cerdas ini seperti Renzulli, Gardner dan sebagainya.

Pembentangan Kumpulan 8

https://docs.google.com/present/view?id=dg4hn3kt_0cf74qxft

Pembentangan ini memberikan panduan kepada guru khususnya untuk menyediakan satu bentuk penilaian bagi mengenalpassti kanak-kanak pintar cerdas. Dapat dilihat usaha usaha mengenal kanak-kanak pintar cerdas ini telah dilaksanakan menerusi pelbagai program, termasuk di malaysia sendiri tetapi,masih lagi berorientasikan peperiksaan. Tambahan pula, kanak-kanak pintar cerdas adalah sama seperti kanak-kanak lain yang suka bersosial dan adalah lebih sesuai pemupukan pintar cerdas dilaksanakan secara inklusif di dalam bilik darjah dan bukan dilaksanakan berasingan. 

Presentatio kumpulan 9

http://www.scribd.com/doc/51522484/Gifted-Group-9

Pembentangan terakhir ini sangat membantu guru membuat persediaan menangani kanak-kanak pintar cerdas jika meraka ada di kalangan kana-kanak lain di dalam bilik darjah. Idea-idea yang diberikan di dalam pembenatnagn ini sangat bernas dan memberikan panduan kepada guru untuk merangka pembelajran yang berkesan,seronok dan membantu perkembangan kanak-kana tersebut dari setiap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. 

Penulisan ilmiah Gifted Children

https://docs.google.com/document/d/1myE2jJyh1ZoMTJfS6ZmcvLYRf0soKKrUnV-aP8V08Ow/edit?hl=en

Projek TMP 6103

http://www.scribd.com/doc/53314105/Menyiasat-Isipadu-Menerusi-Per-Model-An-Bentuk-3-Dimensi